Zanurrahman Bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bob, pemilik syarikat Bob Corners telah menceburi bidang masakan sejak remaja dan mula mengembangkan perniagaannya bermula dari tahun 1998 dalam bidang perniagaan makanan. Bermula dengan warung yang menyediakan sarapan pagi di dalam kawasan kampung Rantau Panjang, Klang dengan menu nasi lemak, lontong, roti canai, mee serta bihun goreng.
Bermula dari tahun 2006, berbekalkan simpanan yang dikumpul sedikit demi sedikit hasil dari keuntungan restoran, beliau mula mengorak langkah dengan mendapatkan barangan dan kelengkapan untuk menjalankan khidmat katering.
Hingga kini, beliau telah memiliki sebuah restoran, kedai memproses santan segar yang juga ada menjual produk cili giling dan juga kerisik kelapa serta kelengkapan khidmat katering sehingga boleh menampung permintaan tempahan lebih dari tiga majlis perkahwinan dalam satu-satu masa.
Tuesday, January 29, 2013
Monday, January 21, 2013
BOB CORNERS CATERING
Salam sejahtera..
Bob Corners Catering melagkah setapak lagi dalam industri perusahaan katering dengan mewujudkan satu lagi medium perkongsian maklumat dan aktiviti melalui laman blog ini. Apa kebaikan yang anda akan dapat melaluinya adalah apa matlamat dan hala tuju syarikat ini dan terutama sekali adalah antara sebab kewujudan blog ini adalah sebagai medium untuk kami berkongsi maklumat, gambar serta info-info menarik buat bakal pelanggan-pelanggan kami pada masa akan datang.
Jadi, nantikan tips-tips dan persembahan hanya yang terbaik dari kami..
Subscribe to:
Posts (Atom)